Ketinggian ilmu al-Quran jelas melangkaui zaman. Di saat segelintir umat Islam yang mula menolak sebahagian kecil kandungan al-Quran, anehnya, dunia Barat mula memberi perhatian yang serius terhadap al-Quran. Amatlah menyedihkan apabila Islam dipandang sebagai agama yang kolot oleh pengikutnya, sedangkan dunia sains barat sendiri mengakui ketinggian ilmu-ilmu Islam. Meskipun ramai di kalangan umat Islam memandang sinis pandangan saintis moden ini, namun, kita harus menjadikannya sebagai suatu medan dakwah yang berkesan kepada masyarakat berfikiran saintifik yang wujud pada hari ini. Islam adalah agama yang universal yang memenuhi kehendak pelbagai lapisan masyarakat.
Qalam Wahyu Online
Read! And your Lord is the Most Generous, Who has taught by the pen, Has taught man that which he knew not. [Surah Al-'Alaq]
Saturday, 3 December 2011
Tuesday, 25 October 2011
Bab; Berbuat Baik Kepada Ibubapa
‘Abdullah bin Umar r.a. berkata: Aku pernah memiliki seorang isteri yang sangat aku cintai akan tetapi ‘Umar (bin al-Khaththab, yakni ayahnya) tidak menyukainya dan menyuruh aku menceraikannya. Namun aku enggan. Maka ‘Umar membawa hal ini kepada Nabi s.a.w. dan menceritakan apa yang berlaku. Nabi s.a.w. menjawab (kepada ‘Abdullah ibn ‘Umar): “Ceraikanlah dia.”
Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan Abu Daud – hadis no: 5138 (Kitab al-Adab, Bab berkenaan berbuat baik kepada ibubapa).
Abu Darda’ r.a. berkata: Bahawa seorang lelaki datang bertanya: “Sesungguhnya aku memiliki seorang isteri akan tetapi ibu aku menyuruhku menceraikannya.” Abu Darda menjawab: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, ibubapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserah kepada kamu (seorang anak) sama ada untuk mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya.”
Sunday, 23 October 2011
Hukum Menjual Makanan Kepada non-Muslim di Siang Hari Bulan Ramadhan
Imam Al-Nawawi Rahimahullah berkata:
وَالْمَذْهَبُ الصَّحِيحُ الَّذِي عَلَيْهِ الْمُحَقِّقُونَ وَالْأَكْثَرُونَ: أَنَّ الْكُفَّارَ مُخَاطَبُونَ بِفُرُوْعِ الشَّرْعِ، فَيَحْرُمُ عَلَيْهِمُ الْحَرِيرُ، كَمَا يَحْرُمُ عَلَى الْمُسْلِمِينَ - [شرح مسلم: 14/39] وانظر: مجموع فتاوى الشيخ ابن عثيمين: 2/السؤال رقم: 164
“Mazhab sahih kebanyakan ulama': Sesungguhnya orang-orang kafir ditujukan perintah untuk melaksanakan cabang-cabang syariat. Sehingga mereka juga diharamkan memakai sutera, sebagaimana diharamkan atas kaum muslimin.”(Syarah Muslim, 14/39)
Disebutkan dalam kitab mazhab Syafi'i “Nihayatul Muhtaj syarh al-Minhaj, 5/274″ bahwasanya para ulama’ mengharamkan seorang muslim untuk menjual makanan kepada orang kafir pada siang hari Ramadhan. Allahu a’lam.
Menuntut Ilmu adalah Ibadah
Menuntut ilmu adalah ibadah. Sebahagian ulama menyatakan: "Ilmu adalah solat rahsia dan ibadah hati".
Berkata Imam Ahmad: "Tiada sesuatu pun yang dapat menyamai kedudukan ilmu bagi sesiapa yang betul niatnya", mereka bertanya: bagaimanakah niat yang betul wahai Abu 'Abdillah?" Beliau mengatakan: "Dia berniat untuk menolak kejahilan daripada dirinya dan orang lain".[Kitab al-Maqsad al-Asma fi Zikr ashab al-Imam Ahmad j.3 m.s 44]
Saturday, 22 October 2011
Bacalah!!!
{اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ }(العلق/1).{خَلَقَ الإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ}(العلق/2).{اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأَكْرَمُ }(العلق/3).{الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ }(العلق/4).
Subscribe to:
Posts (Atom)

